Soalan Lazim

Perihal Be Internet Awesome
Soalan Lazim

Lagi Jawapan

Soalan Lazim

Be Internet Awesome untuk siapa?

Sumber ini adalah untuk semua orang dan direka bentuk khusus untuk keluarga, pendidik dan kanak-kanak. Interland mendapat sambutan baik kanak-kanak 7-12 tahun, namun boleh dinikmati oleh anak semua peringkat umur.

Adakah orang perlu mendaftar masuk untuk bermain permainan atau mengakses bahan?

Semua bahan boleh diakses tanpa bayaran dan tersedia secara terbuka; tiada daftar masuk diperlukan untuk mengakses mana-mana bahagian Be Internet Awesome.

Apakah itu Interland?

Permainan tanpa bayaran dan berasaskan web, Interland membantu kanak-kanak belajar lima pelajaran menerusi empat permainan mini, atau lokasi. Kanak-kanak diajak bermain sehingga menjadi Si Hebat Internet yang menyekat penggodam, membenam pemancing data, mengalahkan pembuli siber, memintas pengongsi lampau dan meneroka dengan selamat dan yakin di dunia dalam talian. Interland yang dibangun bersama pakar keselamatan digital merupakan penerima Seal of Alignment International Society for Technology in Education. Empat lokasi dan objektifnya ialah: Sungai Realiti - Jangan Terpedaya dengan yang Palsu, Gunung Waspada - Berhati-hati Apabila Berkongsi, Kerajaan Baik - Jadi Baik Hati Itu Bijak dan Menara Khazanah - Lindungi Rahsia Anda.

Di manakah Be Internet Awesome boleh didapati?

Be Internet Awesome boleh didapati di seluruh dunia. Kami juga bekerjasama dengan pakar untuk membina versi tempatan di Argentina, Belgium (Bahasa Belanda - permainan Interland sahaja), Belgium (Bahasa Inggeris - permainan Interland sahaja), Belgium (Bahasa Perancis - permainan Interland sahaja), Brazil, Chile, Colombia, Itali (untuk remaja), Malaysia, Mexico, Peru, Poland, Arab Saudi, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.

Apakah peranti yang serasi dengan Interland?

Interland berfungsi pada peranti yang mempunyai sambungan Internet dan pelayar web. Sebarang komputer desktop atau riba, tablet atau telefon mudah alih boleh digunakan untuk Be Internet Awesome.

Adakah kurikulum ini sejajar dengan mana-mana standard kebangsaan atau negeri?

Jadilah Si Hebat Internet adalah sejajar dengan standard ISTE (Masyarakat Antarabangsa untuk Teknologi dalam Pendidikan) dan AASL (Persatuan Pustakawan Sekolah Amerika).